Bercerita Tentang Pengunaan, Penguasaan Bahasa dan Pembacaan

“Bahasa jiwa bangsa.”

Tak lekang slogan tiga perkataan ini dari minda yang sentiasa dikaitkan dengan penggunaan Bahasa Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka, institusi negara yang kehadiran diri agak malap pada masa kini. Bahasa Melayu yang dinilai sebagai penentuan identiti diri sebagai rakyat Malaysia dan kita harus memartabatkan bahasa bangsa kita serta mempertahankan jati diri negara kita dengan bahasa kita.

Bagi saya, tak salah pun berpernyataan sebegini walaupun bagi saya, terasa macam kita didoktrinasikan sebegini dalam pembelajaran dari kecil. Sekali – sekala bila membelek buku sekolah anak buah saya atau melayari internet, saya sentiasa terjumpa ayat robotik yang agak serupa. Ia agak membimbangkan sebab dalam masa yang sama, kita terlebih mengunakan ayat nasionalism sambil melupakan pengunaan harian yang biasa, identiti unik antara kaum dengan bahasa dan loghat tersendiri. Sambil itu, dalam mengejar impian dari lampau, kita terlupa yang penulisan bahasa standard sekarang hanya diperkenalkan kurang dari 30-40 tahun dahulu dan cara pengunaan bahasa harian juga berbeza mengikut era.

Sebenarnya, topik ini saya dah olah berapa kali tapi saya tulis sekadar bagi kelainan sahaja. Ya, saya boleh menulis dalam Bahasa Melayu. Saya alumni UKM dengan pra-syarat nak graduasi pun kena lepas tulis tesis sains dalam Bahasa Melayu dan saya lulus dengan kepujian, terima kasih. Tapi memang saya jarang menulis dalam BM terutama dalam blog ni sebab biasanya saya sentiasa bunyi terlampau formal dalam penulisan (sebab itu saya tak suka tulis fiksyen dalam BM) dan saya terbiasa dengan penulisan saintifik yang formal dan steril. Tapi apa nak buat, saya tengah bosan sekarang.

Saya tahu yang penguasaan bahasa bukan senang untuk sesetengah individu. Kefasihan bergantung juga kepada pengunaan and kebiasaan terutama dari peringkat kecil kerana keupayaan ini ada korelasi dengan pertumbuhan minda. Tapi tak ramai yang membesar tengok Disney atau tengok drama TV1, jadi penguasaan bahasa bermula dari awal dan berterusan sehingga akhir hayat. Tapi saya ada juga berkawan dengan orang bukan Melayu yang mempunyai masalah dengan bahasa Melayu dan saya juga berkawan dengan orang Melayu yang mempunyai masalah Bahasa Inggeris. Apa yang membuat saya pelik adalah ada yang mengatakan kita tidak patut mengkhianat bahasa ibunda kita untuk bahasa asing padahal bahasa Melayu juga adalah amalgam dari pelbagai bahasa. Kita juga duduk di negara yang berbilang kaum dan tradisi, patutnya kita lagi senang mengadaptasi bahasa kita juga.

Sebenarnya, tak ada masalah kalau seseorang itu mampu berusaha untuk memperbaiki dan belajar pengunaan bahasa tersebut, tetapi masalah yang ada sekarang, kita mahukan jalan pintas. Tetapi tiada jalan pintas yang wujud dalam penguasaan bahasa. Tak ada gunanya mengimport cikgu dari US atau UK untuk mengajar murid Inggeris kalau murid tak mahu menguasainya. Lagipun, dalam mengejar ‘penguasaan bahasa’, kita lupa yang bahasa tak akan berkembang kalau pengunanya tak mahu berkembang. Bahasa Melayu berkongsi dengan Bahasa Inggeris dari segi fleksibiliti dan adaptasi dari pengunaan. Bagi saya, tak mungkin Bahasa Melayu akan lesap pengunaannya. Jiran kita Indonesia pun berkongsi rumpun bahasa kebangsaan dan saya tak rasa Bahasa Melayu akan terancam bila pengunanya memilih untuk fasih dalam bahasa lain. Bahasa Melayu tak masuk dalam kategori terancam pun, tetapi dalam masa yang sama, kita jugak bahasa daerah dan puak terutamanya bahasa orang asal. Bukan kah itu patut diberi tumpuan yang sepatutnya ataupun kita masih lagi mahu menulis sejarah baru.

Saya sedar yang isu kita pun serupa dengan isu negara luar juga. Kita ada isu identiti diri, ketidakyakinan diri dan negara, penapisan buku, penyekatan dalam pembacaan, statistik pembaca, trend membaca dan sebagainya. Tapi dalam masa yang sama, kita hanya mahu diktasi pengunaan bahasa tertentu seperti bahasa melayu yang terlampau atas, diktasi hanya kepada karyawan yang mengikut peraturan tertentu dalam kumpulan tertentu yang elit, jenis suka melabel penulis baru sebagai hingusan, indie, pornografik atau sebagainya. Baru-baru ini, ada juga yang menghalau pengerakan pembaca yang bukan formal. Pembaca sendiri dilabel sebagai pengacau, asing dan lain.

Pegunaan dan penguasaan bahasa juga bergantung kepada hasil kesusasteraan. Mungkin, ramai yang berfikir senang dengan citarasa mereka dan saya tak rasa itu salah, tetapi saya mahu persoalkan mereka yang cenderung berfikir remeh dan kalanya mengutuk pembaca buku yang tidak mempunyai minat yang serupa. Ada juga yang jenis memikir sesetengah genre mempunyai lebih merit literasi dari yang lain dan ada yang meninggi hidung kepada pembaca buku ‘novel’. Umpama, pembaca novel dan karya bawah novel hanya untuk bacaan ‘ringan’ sahaja.

Resepsi negatif dari saya lebih bertumpu kepada buku tersebut dan saya tak suka mengutuk penulis/pembaca/kategori buku hanya kerana kedudukan klasifikasi buku. Saya juga ada kecenderungan membaca sesetengah genre buku tetapi kadang-kadang saya serik dengan reaksi retis sebegini. Hanya kerana anda anggap anda sebagai seorang pembaca tegar atau pencinta buku atau bahasa dan sebagainya, ia tidak bermakna anda ada lesen untuk meremehkan tulisan dan bacaan orang lain.

Internet mendekatkan penulis dengan pembaca dan memudahkan sebaran buku secara viral. Internet juga merobohkan jurang interaksi dan melebarkan ruang berdiskusi antara penulis dan peminat buku dari dalam dan luar negara. Diluar negara dan dengan media sosial, peminat buku boleh berinteraksi secara terus dengan penulis dengan senang. Tetapi ia juga boleh bertindak dari luar jangkaan dan membuka ruang kepada pembuli cyber.

Tetapi dalam dunia ni, terdapat berjuta buku untuk dibaca dan masing-masing mahukan pembaca. Dalam keseronokan kita mahukan standard sempurna dalam penguasaan, kita lupa yang bacaan sebegini yang menyelamatkan bahasa dari pupus. Walaupun tiada lagi pengunaan biasa untuk bahasa kuno seperti Old English, Archaic Latin, Ancient Greek tetapi bahasa ini masih lagi digunakan dalam pembacaan kerana bacaan ia masih hidup kerana diminati dan ramai masih lagi belajar bahasa ini walaupun tidak mempraktiknya. Mungkin penulisan yang kita anggap temeh pada masa sekarang boleh menjadi klasik masa hadapan dan mungkin pengunaan bahasa kita akan mengalami lagi evolusi bahasa, tetapi dengan adanya penulisan, bahasa kita tidak akan mati di dunia.

Secara jujurnya, solusi kepada masalah berkaitan dengan bahasa dan pengunaan adalah mudah. Kita patut menyokong budaya penulisan dan budaya membaca tanpa deskriminasi mana-mana bahasa, stail penulisan, penerbitan, format, jalan cerita dan lain-lain di Malaysia. Bagi ruang eksperimentasi dan ruang ekspresi kepada penulis dan pembaca untuk mencari kelainan untuk lebihkan variasi dalam rak. Takkan hanya kerana satu novel meletup, yang lain kena tiru jalan ceritanya? Satu lagi, kita kena latih generasi muda mengunakan daya fikiran, bukan di tekan untuk mengisi acuan yang sama. Tambah lagi, fikirlah secara mendalam dalam semua topik walaupun ia sesuatu yang dibesarkan bersama kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s